Tuesday, May 14, 2013

Tersedar

Aku rasa nak berkongsi satu pengalaman, mungkin tak seberapa, atau mungkin tak bermakna semua kemungkinan. Aku letak belakang mari aku bawak kembali pada detik itu, sudilah membacanya kalau terluang waktu.

Satu pagi aku ada urusan dibank, tersampai awal akibat tak pasti bank mula operasi pukul berapa, akibatnya perlu lah duduk mencangkung menunggu pintu yang terkunci terbuka. Lenguh kaki dah berdiri, aku terdetik memandang kearah kiriku, seorang remaja berkerusi roda, tapi dia sangat bagi aku kategori "well dressed" dengan T-shirt Armani Exchange, seluar jeans Levi`s barangkali, dengan kasut New balance, kaca mata rayban wayfarer (bersungguh aku meneliti aku pun tak pasti kenapa) kerusi rodanya pun agak stylish, barangkali orang berada detik hatiku. Aku memandang diriku, memang jauh sangat kedudukan ku berbanding dia, Ya Allah bisikan-bisikan yang menimbulkan persoalan, aku patutnya bersyukur, begitu mudah perasaan ini dibuai mainan rasa.

Dalam aku menanti dan separa observasi, terhenti sebentar lamunan minda. Terdengar langkah bagai bunyi seretan kaki, aku menoleh dihujung remaja berkerusi roda muncul seorang insan, tampil dengan langkah yang agak laju, dia tidak sempurna (bukan menilai cuma apa yang aku lihat jangan disalah nilaikan niat aku ini) terukir satu senyuman diwajahnya, ya jelas bunyi seretan itu dari dia tidak bersepatu, berseluar jeans separa lusuh dan t-shirt hitam dan berkaki ayam.
Setiap kelibat yang lalu didepannya ditegur dengan senyuman amat ikhlas senyumannya itu yang aku rasakan. Aku sedar remaja yang berkerusi roda itu turut memerhatikan insan istimewa ini tidak berkedip matanya. Ditika dia lalu betul-betul dihadapnya, terungkap bait-bait kata yang amat jelas aku dengar " Assalamualaikum bang selamat pagi" itulah ucapan insan istimewa ini pada remaja berkerusi roda itu beserta dengan senyuman, remaja itu mengangguk tanda menerima ucapan tersebut, aku melihat reaksi wajah remaja itu, bagai ada satu persoalan atau sesuatu yang bermain difikirannya. Sampai begitu jauh aku dibuai situasi dalam persoalan insan lain yang dalam masa sama menimbulkan persoalan dalam diri aku sendiri. Berlalunya insan istimewa itu hilang dari pandangan aku terasa kabur pandangan ku, rupanya aku hampir menangis namun belum bergenang, mungkin aku terlalu emosi.

Aku tersedar, perlunya aku bersyukur, ya aku bersyukur dengan apa yang aku miliki tanpa perlu mengeluh dan perlu menjauhkan diri dari mainan rasa yang kekadang membutakan lagi mengalpakan. Lamunan terhenti (macam lagu Aris Ariwatan pula) pintu bank telah dibuka, terus aku majukan langkah untuk masuk kedalam untuk urusan ku tadi. Namun aku bersyukur dalam penantian aku mendapat satu pengajaran dan kesedaran.

Wasalam

2 comments: