Wednesday, May 15, 2013

Oh boss

Di dalam satu mesyuarat jabatan, ketika sedang hangat berbincang dan membentangkan sesuatu, Pengurus melihat anak buahnya, satu pandangan tajam dan ada sedikit rasa tidak puas hati. Kenapa? sebab semua anak buahnya sibuk melayan "text" di telefon bimbit pintar masing-masing.

Maka ditika itu dia berkata " Please give a little respect, I am after all chairing a meeting here." sergahnya dalam nada sedikit tinggi, terkedu seketika anak-anak buahnya lalu semua telefon dilepaskan sampai ada yang terlepas ke lantai.. terkejut agaknya.

Sunyi seketika, mungkin situasi jadi sedikit tegang... dalam 5 saat ada bunyi seperti ringtone dari telefon, semua saling memaling, mungkin risau itu akan menjadikan si pengurus berang. Masih kedengaran lagi bunyi itu semua menoleh kearah si pengurus tadi.

"Oh sorry its my phone i gotta reply to this text please give me a few sec" dengan senyuman kelat dan tak bersalah dia berkata. Anak buah berbisik.. "paku dulang paku serpih kata orang dia lagi lebeh" heheheheh : P


No comments:

Post a Comment