Wednesday, May 15, 2013

Bersoal

Terik, cuaca nan terik membakar dahiku. Membuatkan aku berpeluh dan kebasahan. Melihat kelibat manusia berkejar-kejar dalam mendapatkan sesuatu dalam waktu yang singkat. Semua ada tujuan termasuk aku.

Lampu merah diredah, sesak jalan ditempuh semuanya kerana ingin ke satu destinasi atau satu tujuan. Pengulangan yang amat rutin dalam kehidupan seharian manusia. Termasuklah aku..

Kekadang persoalan yang timbul telah dijawab namun disebabkan salah satu sifat manusia yang terlalu kerap digunakan.. apakah ia? LUPA..... perlu ada... kalau tak wujud susah jugak.. kalau terlebih pun tak elok...

Terus aku menggaru dahi yang tak berapa nak gatal, sekadar ekpressi berfikir, bukan menunjuk cuma normaliti yang bersahaja secara tak sedar...

Dari satu ke satu persoalan, takkan pernah pudar atau hilang... aku masih belajar.

Pelajar kehidupan.

Wasalam

No comments:

Post a Comment