Tuesday, May 14, 2013

Runner

Sekali dua berada diatas jalanan beroda dua ni memang girang rasa bebas.
Terjumpa kalian kerabat jalanan lain. Kami semua mencari rezeki dengan berpanas beroda dua
membawa sepucuk dua dokumen untuk bertukar tangan.

Deruman enjin, haruman asap kenderaan itulah wangian kami. Kekadang bingit bila berlalu si bas besar atau lori treller tapi si kecik ekzos perang pun boleh membelah lamunan aku nie..sekali dia pegi berdesup... tinggal angin dan asap sahaja kelibat dah hilang.

Itulah tugasan baru itulah komitmen terkini. Aku seorang "runner". (ingat lepas nie nak beli sticker road-runner tampal kat helmet lah ehhehehe)...

No comments:

Post a Comment