Thursday, May 16, 2013

Moments

A single moment of misunderstanding is so poisonous, that it makes us forget the hundreds of lovable moments spent together within a minute.

Compliments

Compliments.. sometimes you need it, sometimes you don`t even care, truely depends on the situation and who it comes from. Thats my personal take. Well we all have our views, needs and feeds thats a true variation.

Compliments out of sincerety or plainly to attract or in some cases a cynical or sarcastic approach, thats if you are good in realizing the intent of the compliment at the first place. That if you wanna take it seriously, or another approach is to careless which is the safest way i guess.

Sometimes compliments do motivate, sometimes it demotivates if used the other way round. Intimidation also can be caused. As a human being with emotions we expect at a certain level some kind off compliment or appreciation, yes thats the other word i guess that can be used that means the same.

In a cheeky way.. you can use compliment to trigger a person to be moved or heartfelt, that is if that person is the kinda sensitive on that matter or other words just to tease his or her mind and emotions. Depends solely how you wanna use it and when to use it. The beauty of an action which mostly is verbal, that can be inevitable to the human soul.

Wow oh wow... you compliments do trigger me. Thinking and writting. Aihhhh...(tweeking my forehead)

wasalam

Wednesday, May 15, 2013

Ohh You smartphones

Here`s a topic that some may think of or careless about.

Smartphones but silly batteries!!, thats my take. Yeah i know we dont live in a perfect world but would you expect that buying a smartphone price around 2K and above would at least have a battery that last a wee bit longer then a day (with heavy usage of data that is)..

If you wanna save the batteries you have to switch of the WiFI or 4G or 3G data carrier then your so called smartphone will only be a phone, odd as it sound using bluetooth on a smartphone consume as much batteries as using the internet, like what???.

The previous phones (not so smartphones) would like last days even if you switched on the bluetooth. Doesn`t anyone care?? That your willing to buy a mobile powerbank just to feed the need of your smartphone. Maybe i`m asking to much but don`t we expect more from the developer of this smartphones that cost us thousands to purchase? maybe the consumer has no right and actually the manufacturer has the most rights... am i right? don`t agree if you don`t feel like..

Just an aching issue that`s been like there but never attended to... why oh why??

-sigh-

Oh boss

Di dalam satu mesyuarat jabatan, ketika sedang hangat berbincang dan membentangkan sesuatu, Pengurus melihat anak buahnya, satu pandangan tajam dan ada sedikit rasa tidak puas hati. Kenapa? sebab semua anak buahnya sibuk melayan "text" di telefon bimbit pintar masing-masing.

Maka ditika itu dia berkata " Please give a little respect, I am after all chairing a meeting here." sergahnya dalam nada sedikit tinggi, terkedu seketika anak-anak buahnya lalu semua telefon dilepaskan sampai ada yang terlepas ke lantai.. terkejut agaknya.

Sunyi seketika, mungkin situasi jadi sedikit tegang... dalam 5 saat ada bunyi seperti ringtone dari telefon, semua saling memaling, mungkin risau itu akan menjadikan si pengurus berang. Masih kedengaran lagi bunyi itu semua menoleh kearah si pengurus tadi.

"Oh sorry its my phone i gotta reply to this text please give me a few sec" dengan senyuman kelat dan tak bersalah dia berkata. Anak buah berbisik.. "paku dulang paku serpih kata orang dia lagi lebeh" heheheheh : P


Bersoal

Terik, cuaca nan terik membakar dahiku. Membuatkan aku berpeluh dan kebasahan. Melihat kelibat manusia berkejar-kejar dalam mendapatkan sesuatu dalam waktu yang singkat. Semua ada tujuan termasuk aku.

Lampu merah diredah, sesak jalan ditempuh semuanya kerana ingin ke satu destinasi atau satu tujuan. Pengulangan yang amat rutin dalam kehidupan seharian manusia. Termasuklah aku..

Kekadang persoalan yang timbul telah dijawab namun disebabkan salah satu sifat manusia yang terlalu kerap digunakan.. apakah ia? LUPA..... perlu ada... kalau tak wujud susah jugak.. kalau terlebih pun tak elok...

Terus aku menggaru dahi yang tak berapa nak gatal, sekadar ekpressi berfikir, bukan menunjuk cuma normaliti yang bersahaja secara tak sedar...

Dari satu ke satu persoalan, takkan pernah pudar atau hilang... aku masih belajar.

Pelajar kehidupan.

Wasalam

Mudah

Tajuk yang sangat tak memerlukan pengamatan dalam, sempoi? agaknya itu tujuannya.

Diamati memang tak mencabar, sambil sengih-sengih pun boleh. Tapi apa motif sebenar?

Berjaya menimbulkan satu soalan yang tak perlu, haih jangan direnung jauh...

Ok yang mudah seperti maggi... hmm maggi goreng memang enak.. ok makan dulu..

wasalam  :P

Double Your Money..


p/s: practically it is true but in the sense of value it ain`t worth as it supposed to hehehehe

HardWork??


p/s: does anyone agree??

Tuesday, May 14, 2013

Runner

Sekali dua berada diatas jalanan beroda dua ni memang girang rasa bebas.
Terjumpa kalian kerabat jalanan lain. Kami semua mencari rezeki dengan berpanas beroda dua
membawa sepucuk dua dokumen untuk bertukar tangan.

Deruman enjin, haruman asap kenderaan itulah wangian kami. Kekadang bingit bila berlalu si bas besar atau lori treller tapi si kecik ekzos perang pun boleh membelah lamunan aku nie..sekali dia pegi berdesup... tinggal angin dan asap sahaja kelibat dah hilang.

Itulah tugasan baru itulah komitmen terkini. Aku seorang "runner". (ingat lepas nie nak beli sticker road-runner tampal kat helmet lah ehhehehe)...

Lengit

Baca tajuk tu? apa yang kalian fikirkan?

Panas, dahaga, pening, dan banyak lagi yang boleh dikaitkan. Oh ya.. jangan lupa pasti berpeluh (kecuali anda duduk dalam keselasaan penghawa dingin bangunan atau kenderaan).

kenapa aku berbicara topik ini?, mudah sebab aku baru lepas menempuhnya seperti semua orang tahu perubahan cuaca amat drastik kebelakangan ini, masuh hari nie (kalau masih takder perubahan) mungkin akan masih panas seperti 4 hari yang sebelumnya. Malam-malam dah tak sedingin dulu memang amat terasa bahangnya. Bahananya pada orang seperti aku yang amat mudah lesu bila terdedah terlalu lama pada cuaca panas. Mungkin faktor usia (aku akui aku memang dah berusia.. agaknya)..

Keluar tak sampai setengah jam, beroda dua pula (bukan basikal yer cuma naik motor) tapi keringat yang keluar seperti baru lepas jogging satu Taman Titiwangsa.. begitulah gambaran betapa panasnya cuaca...

Ok walaupun menaip aku merasa haus.. mana air?? Alamak nak kene isi dah habis rupanya, beransur untuk minum seketika. Oh... baru teringat aku belum makan hahahahah... STML sungguh.

Wasalam

Tersedar

Aku rasa nak berkongsi satu pengalaman, mungkin tak seberapa, atau mungkin tak bermakna semua kemungkinan. Aku letak belakang mari aku bawak kembali pada detik itu, sudilah membacanya kalau terluang waktu.

Satu pagi aku ada urusan dibank, tersampai awal akibat tak pasti bank mula operasi pukul berapa, akibatnya perlu lah duduk mencangkung menunggu pintu yang terkunci terbuka. Lenguh kaki dah berdiri, aku terdetik memandang kearah kiriku, seorang remaja berkerusi roda, tapi dia sangat bagi aku kategori "well dressed" dengan T-shirt Armani Exchange, seluar jeans Levi`s barangkali, dengan kasut New balance, kaca mata rayban wayfarer (bersungguh aku meneliti aku pun tak pasti kenapa) kerusi rodanya pun agak stylish, barangkali orang berada detik hatiku. Aku memandang diriku, memang jauh sangat kedudukan ku berbanding dia, Ya Allah bisikan-bisikan yang menimbulkan persoalan, aku patutnya bersyukur, begitu mudah perasaan ini dibuai mainan rasa.

Dalam aku menanti dan separa observasi, terhenti sebentar lamunan minda. Terdengar langkah bagai bunyi seretan kaki, aku menoleh dihujung remaja berkerusi roda muncul seorang insan, tampil dengan langkah yang agak laju, dia tidak sempurna (bukan menilai cuma apa yang aku lihat jangan disalah nilaikan niat aku ini) terukir satu senyuman diwajahnya, ya jelas bunyi seretan itu dari dia tidak bersepatu, berseluar jeans separa lusuh dan t-shirt hitam dan berkaki ayam.
Setiap kelibat yang lalu didepannya ditegur dengan senyuman amat ikhlas senyumannya itu yang aku rasakan. Aku sedar remaja yang berkerusi roda itu turut memerhatikan insan istimewa ini tidak berkedip matanya. Ditika dia lalu betul-betul dihadapnya, terungkap bait-bait kata yang amat jelas aku dengar " Assalamualaikum bang selamat pagi" itulah ucapan insan istimewa ini pada remaja berkerusi roda itu beserta dengan senyuman, remaja itu mengangguk tanda menerima ucapan tersebut, aku melihat reaksi wajah remaja itu, bagai ada satu persoalan atau sesuatu yang bermain difikirannya. Sampai begitu jauh aku dibuai situasi dalam persoalan insan lain yang dalam masa sama menimbulkan persoalan dalam diri aku sendiri. Berlalunya insan istimewa itu hilang dari pandangan aku terasa kabur pandangan ku, rupanya aku hampir menangis namun belum bergenang, mungkin aku terlalu emosi.

Aku tersedar, perlunya aku bersyukur, ya aku bersyukur dengan apa yang aku miliki tanpa perlu mengeluh dan perlu menjauhkan diri dari mainan rasa yang kekadang membutakan lagi mengalpakan. Lamunan terhenti (macam lagu Aris Ariwatan pula) pintu bank telah dibuka, terus aku majukan langkah untuk masuk kedalam untuk urusan ku tadi. Namun aku bersyukur dalam penantian aku mendapat satu pengajaran dan kesedaran.

Wasalam

Menulis

Menulis, satu perbuatan yang tampak mudah tapi amat sukar dipraktikan. Tidak semudah berbicara, dilontar kata bertalu tidak menjadi masalah, namun menulis adalah sesuatu yang kekadang sukar, itu yang aku sedari kekurangan dalam diriku, penulisan.

Dari zaman sekolah lagi aku menulis seperti berbicara, teguran guru-guru satu ketika dulu " Mana noktah? mana koma?" itulah yang masing terngiang-ngiang pada ketika ini. Aku memang lemah kekadang aku teringat aku cuma tersenyum kelat diketika ditegur kalau aku menulis karangan. Aku tak sedar tabiat lama itu terbawa-bawa hingga ke hari ini. Jadi memang benarlah melentur buluh biar dari rebungnya, kalau tak dibentuk elok sehingga hari ini akan nampak cacat celanya (cacatkah aku? hahahah dalam penulisan mungkin aku memang cacat aku akui).

Cetusan kata dan idea memang bak air yang mencurah-curah pada waktu-waktu tertentu namun dengan komplikasi penulisan yang aku ada, itulah penyebab aku memendam kata-kata tersebut dan menyebabkan penulisan ku menjadi beku didalam minda yang lama-lama hilang di telan waktu. Satu pembaziran? aku sekadar gagal mengekpressi diri sendiri. Persoalan yang telah lama bermain dalam minda kecil ini. Mengeluh sendirian, itu sahaja yang aku mampu lakukan.

Aku kurang membaca, lenggok cara penulisan aku kurang fahami, dahulu aku memang cukup membaca cuma mungkin bahan bacaan itu lebih kepada keperluan (buku teks dan sekolah) atau minatku (majalah-majalah biasa). Kalau difikirkan aku dalam dilemma antara keperluan dan minat yang mana aku sendiri kekadang hilang dalam dua perkara ini. Menulis untuk ekpressi pertuturan atau menulis sebuah karya luahan rasa diri sendiri?. Lagi persoalan yang muncul, persoalan yang tak pernah putus dalam kehidupan seharian aku sebagai seorang insan.

Aku perlu belajar, aku masih seorang pelajar dalam dunia kehidupan. Adakah aku telah berhenti atau sekadar menahan langkah seketika (lama juga seketika yang aku ambil ini? mungkin terlalu lama itulah detik hati kecilku sekali lagi).

Mengosok dahi, di waktu otak berputar memproses segala pemikiran diketika ini. Menghela nafas panjang dan merenung segala persoalan yang bermain-main di dalam minda. Semberono atau seformal yang mungkin?. Aku perlu membezakan atau aku biarkan saja penulisan itu keluar semahunya tanpa aku perlu kisahkan.

Persoalan demi persoalan. Jawapan? Walahualam, moga-moga aku akan bertemu jalan yang memberikan kepuasan.

Wasalam

Monday, May 13, 2013

Pukulan Kas Kas

Dalam keterlewatan... perut melagukan lagu keroncong lapar.... dah dijamah nasik yang digoreng.. tapi memikirkan keenakan campuran pelbagai mengundang rasa lapar..(iyer aku masih lapar.. selera tengah terbuka bak kata orang tua-tua)..

Dah di hadap email.. dah dihadap fail... dah dihadap desktop... berpinau jugak mata berpusing-pusing rasa dunia kecil aku nie.. tapi semua yang wajib dah selesai dalam erti kata lain hutang-hutang tugasan terkini selesai.. tapi bila ditoleh sebelah kiri bahu.. alamak!!! ada dua kotak hitam misteri yang aku baru sedar aku masih tak tersentuh... berdenyut tetiba otak kiri aku nie.

Ok masa dah tiba.. aku langkah memikirkan makan tengahari... akhirnya dapat "repeat" pukulan hebat karipuley... hahahah.. aku sedar aku nie darah sarawak tapi aku memang minat nasik kandaq.. hahahahah... aku admit.. itu memang kegemaran aku...

Ok makan dah makan alhamdulillah rezeki aku hari nie.. terima kasih pada Allah atas rezekiMu.... akibatnya... hah pukulan kas kas pasti mengantuk... berdengung kepala menahan mata nie...gagah gak gie makan milo 3 in 1...yer tak salah kalian membaca.. akan makan bukan minum.. nie tabiat lama aku dah kecil lagi...heheheh... comot comot... heheheh..

ok masa berlalu ku lihat asar dah masuk rasanya.. aku beransur dulu.. moga-moga esok akan ada ruang untuk menulis lagi.. Inn Shaa Allah...

Wasalam

Saturday, May 11, 2013

Lintasan Minda

Ikut terlintas nak tulis sikit je.. (harap sikit kekadang kalau idea dah mai berjela gak la nanti).

Nak imbau masa lampau, pengajaran yang amat berharga membentuk diri yang kini bertapak dan berdiri diatas kaki sendiri, tapi hakikatnya aku sedar, ini semua dengan IzinNya... tanpaNya langsung tiada dayanya aku...

Segala tawa riang, teriak suka duka tangis gembira dan sakit perit luka segala parut-parut kehidupan. Bagi aku pengajaran yang tak ternilai. Membentuk aku menjadi insan, namun aku tetap lemah dan masih belajar risau-risau terlalu selesa dan mengalpakan diri jadi lalai... uishhh bahaya sangat-sangat.

Semua tu jadi teladan, sempadan, garis panduan atau bahasa kini benchmark lah kan.. hahaha poyo sikit jangan marah ekk... aku poyo dalam nie... tapi ada pernah berkata.. aku ni muka poyo.. hahahaha.. aku penyegan sebenarnya (bila aku cakap mcm nie ramai plak yang akan mencebik atau buat muka menyampah hahahahahha aku mampu balas dengan senyuman atau gelak terbahak-bahak.. ok gelak aku memang buruk am so judgemental dengan diri sendiri). Yang penting aku adalah aku, kekadang perlu berselindung di balik tugasan harian dan tanggungjawab, bukan nak hipokrit tapi dah keperluan.

hmmm aku rasa nak menulis lebih tapi rasa perlu berhenti nanti melalut pulak dah takde punca, Inn Shaa Allah aku sambung kemudian jika diberi ilham dan lapangnya waktu.. bab ni mmg panjang sikit... silap-silap aku bwat puisi ringkas jer kalau dah rasa lagi mudah hahahahha

oklah

wasalam

Sabtu dan kekura

Apa kaitan tajuk post aku hari nie, membuatkan anda berfikirkan. Kalau ikut normaliti takkan ada manusia biasa akan kesah cuma aku je yang suka mengaitkan perkara yang aku lihat atau alami(terlalu banyak masa atau aku memang orang yang membosankan terpulang pada pembaca nak menilai).

Ok mari aku kongsi apa kaitan.. pada hari sabtu nan panas tak berapa nak sejuk kekura bersidai ditepian tasik yang oklah tasik tak berapa nak tasik... tengok2 best plak jadik kekura bersidai tengah keringkan dia punya rumah a.k.a cengkerang.. kita manusia dok sibuk nak jaga badan. fikir hal duit, hutang masalah politik masalah pelbagailah... nikmat menjadi manusia yang amat lengkap bukan tak bersyukur atau mempersoalkan cuma terlintas dalam akal. Sedang si kekura tak perlu buat apa-apa hanya perlu terus hidup untuk setiap hari tanpa risau agaknya cuma risau kalau kena kacau orang nak amek gambar atau tak makan agaknya... hahahaha... kalaulah boleh berbicara apalah si kekura nak sampaikan pada manusia??

Sabtu hari rehat bagi hampir semua manusia..(aku rasalah kalau orang lain kena kerja tu aku minta maaflah yer...ngeeee).... tapi aku cemburu pada si kekura (perlulah cemburu emo plak aku rasanya) sebab tiap-tiap hari ialah sabtu baginya.... kurangnya dia... tapi tetap ada istimewa dalam penciptaanya... Lebihnya kita namun adakah kita alpa dengan istimewa yang Allah kurnia? hohhhh... kalau member yang kenal mesti dah buat muka bila aku bukak ayat mcm nie..."Ustad dah mai dahhh"...sarkastik kah aku?? hahahah.. takper.. masing-masing ada hak nak luah perasaan dan pandangan. Mungkin aku nie terlalu jahil di mata mereka, belum layak melontarkan teguran atau pandangan, aku terima..

Oklah.. nak menikmati baki-baki hari sabtu nie. Lontaran menguap seround dua dah tanda nak lena lah nie.

Wasalam

Friday, May 10, 2013

Melihat Keluar

Mata melilau.. melihat apa yang perlu dilihat... senyum lirik.. senyum pada apa yang dilihat..
tapi musykil.. senyum dari hati ada senyum dari akal... pening jugak kalau dinilai.. perlu ker nak nilai?
sendiri jadi pening hahahaha aperlah kepala nie... sebaik-baik akal gunalah untuk sesuatu yang baik-baik (sungguh stereotaip ayat nie kann??)...

Nikmat.. melihat... Nikmat merasa... kalau tetiba ditarik? kelam gelita.. panik?? mungkin atau pasti... sendiri fikir sedangkan orang lain mungkin tak kesah.. sebab tak terlintas rasanya... kalau terlalu dibuai rasa hanyut jauh rasanya aku dalam lautan minda yang tak bersempadan nie... hisssh.... bahaya bahaya.. tapi ada masa-masa layan jugak hahahahah.... terasa pelik tapi itulah realitinya aku.... patutlah dahi dah berkerut-kerut.. sampai member tegur..."udah udah la tu... jom berasap" ... ajakan member yang berjaya setelah meninggalkan pejabat ini....tabik pada lu brooo.... lu payung wa isap la sebatang rokok lu heheheh (amaran merokok membahayakan kesihatan hahahahha sangat-sangat sarkastik pada diri biarlah ayat aku pun) ...

ok next time write again... rasa bermacam dalam kepala nie nak kluar...

Terdorong

Hmmm berfikiran waktu telah terlalu lama melekakan. Dimana hilangnya keinginan lampau. Wujudnya blog ini.

Mungkin ini sebaik-baik pembuka hati atau diri yang mana lama sangat memendam atau menyimpan. Kunci stor dah lama hilang bak kata orang-orang lama.. tapi aku rasa sebenarnya aku saja tak mewujudkan kunci tersebut.. being self centered kalau orang tak faham siapa aku..

Hari nie aku berterima kasih pada satu blogger yang mana teman aku kenalkan.. aku baca blog yang amat-amat sempoi susunan kata bak bicara bukan susunan ayat dalam essay yang mana aku mmg tak minat pada essay... punyalah teruk aku nie.. well itulah aku.

Oklah.. kerja dah kawtim aku nie time kerja baru idea datang.. punyalah teruk umat.. hahahahah tapi apa-apa kerja kene setel barulah nak ngulat... ngulat tak kemana sini jer.. ngulat dengan kata-kata.. boleh?

Sekian alam maya.

Jumpa lagi