Tajuk yang sangat tak memerlukan pengamatan dalam, sempoi? agaknya itu tujuannya.
Diamati memang tak mencabar, sambil sengih-sengih pun boleh. Tapi apa motif sebenar?
Berjaya menimbulkan satu soalan yang tak perlu, haih jangan direnung jauh...
Ok yang mudah seperti maggi... hmm maggi goreng memang enak.. ok makan dulu..
wasalam :P
Wednesday, May 15, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Runner
Sekali dua berada diatas jalanan beroda dua ni memang girang rasa bebas.
Terjumpa kalian kerabat jalanan lain. Kami semua mencari rezeki dengan berpanas beroda dua
membawa sepucuk dua dokumen untuk bertukar tangan.
Deruman enjin, haruman asap kenderaan itulah wangian kami. Kekadang bingit bila berlalu si bas besar atau lori treller tapi si kecik ekzos perang pun boleh membelah lamunan aku nie..sekali dia pegi berdesup... tinggal angin dan asap sahaja kelibat dah hilang.
Itulah tugasan baru itulah komitmen terkini. Aku seorang "runner". (ingat lepas nie nak beli sticker road-runner tampal kat helmet lah ehhehehe)...

Lengit
Baca tajuk tu? apa yang kalian fikirkan?
Panas, dahaga, pening, dan banyak lagi yang boleh dikaitkan. Oh ya.. jangan lupa pasti berpeluh (kecuali anda duduk dalam keselasaan penghawa dingin bangunan atau kenderaan).
kenapa aku berbicara topik ini?, mudah sebab aku baru lepas menempuhnya seperti semua orang tahu perubahan cuaca amat drastik kebelakangan ini, masuh hari nie (kalau masih takder perubahan) mungkin akan masih panas seperti 4 hari yang sebelumnya. Malam-malam dah tak sedingin dulu memang amat terasa bahangnya. Bahananya pada orang seperti aku yang amat mudah lesu bila terdedah terlalu lama pada cuaca panas. Mungkin faktor usia (aku akui aku memang dah berusia.. agaknya)..
Keluar tak sampai setengah jam, beroda dua pula (bukan basikal yer cuma naik motor) tapi keringat yang keluar seperti baru lepas jogging satu Taman Titiwangsa.. begitulah gambaran betapa panasnya cuaca...
Ok walaupun menaip aku merasa haus.. mana air?? Alamak nak kene isi dah habis rupanya, beransur untuk minum seketika. Oh... baru teringat aku belum makan hahahahah... STML sungguh.
Wasalam

Tersedar
Aku rasa nak berkongsi satu pengalaman, mungkin tak seberapa, atau mungkin tak bermakna semua kemungkinan. Aku letak belakang mari aku bawak kembali pada detik itu, sudilah membacanya kalau terluang waktu.
Satu pagi aku ada urusan dibank, tersampai awal akibat tak pasti bank mula operasi pukul berapa, akibatnya perlu lah duduk mencangkung menunggu pintu yang terkunci terbuka. Lenguh kaki dah berdiri, aku terdetik memandang kearah kiriku, seorang remaja berkerusi roda, tapi dia sangat bagi aku kategori "well dressed" dengan T-shirt Armani Exchange, seluar jeans Levi`s barangkali, dengan kasut New balance, kaca mata rayban wayfarer (bersungguh aku meneliti aku pun tak pasti kenapa) kerusi rodanya pun agak stylish, barangkali orang berada detik hatiku. Aku memandang diriku, memang jauh sangat kedudukan ku berbanding dia, Ya Allah bisikan-bisikan yang menimbulkan persoalan, aku patutnya bersyukur, begitu mudah perasaan ini dibuai mainan rasa.
Dalam aku menanti dan separa observasi, terhenti sebentar lamunan minda. Terdengar langkah bagai bunyi seretan kaki, aku menoleh dihujung remaja berkerusi roda muncul seorang insan, tampil dengan langkah yang agak laju, dia tidak sempurna (bukan menilai cuma apa yang aku lihat jangan disalah nilaikan niat aku ini) terukir satu senyuman diwajahnya, ya jelas bunyi seretan itu dari dia tidak bersepatu, berseluar jeans separa lusuh dan t-shirt hitam dan berkaki ayam.
Setiap kelibat yang lalu didepannya ditegur dengan senyuman amat ikhlas senyumannya itu yang aku rasakan. Aku sedar remaja yang berkerusi roda itu turut memerhatikan insan istimewa ini tidak berkedip matanya. Ditika dia lalu betul-betul dihadapnya, terungkap bait-bait kata yang amat jelas aku dengar " Assalamualaikum bang selamat pagi" itulah ucapan insan istimewa ini pada remaja berkerusi roda itu beserta dengan senyuman, remaja itu mengangguk tanda menerima ucapan tersebut, aku melihat reaksi wajah remaja itu, bagai ada satu persoalan atau sesuatu yang bermain difikirannya. Sampai begitu jauh aku dibuai situasi dalam persoalan insan lain yang dalam masa sama menimbulkan persoalan dalam diri aku sendiri. Berlalunya insan istimewa itu hilang dari pandangan aku terasa kabur pandangan ku, rupanya aku hampir menangis namun belum bergenang, mungkin aku terlalu emosi.
Aku tersedar, perlunya aku bersyukur, ya aku bersyukur dengan apa yang aku miliki tanpa perlu mengeluh dan perlu menjauhkan diri dari mainan rasa yang kekadang membutakan lagi mengalpakan. Lamunan terhenti (macam lagu Aris Ariwatan pula) pintu bank telah dibuka, terus aku majukan langkah untuk masuk kedalam untuk urusan ku tadi. Namun aku bersyukur dalam penantian aku mendapat satu pengajaran dan kesedaran.

Menulis
Menulis, satu perbuatan yang tampak mudah tapi amat sukar dipraktikan. Tidak semudah berbicara, dilontar kata bertalu tidak menjadi masalah, namun menulis adalah sesuatu yang kekadang sukar, itu yang aku sedari kekurangan dalam diriku, penulisan.
Dari zaman sekolah lagi aku menulis seperti berbicara, teguran guru-guru satu ketika dulu " Mana noktah? mana koma?" itulah yang masing terngiang-ngiang pada ketika ini. Aku memang lemah kekadang aku teringat aku cuma tersenyum kelat diketika ditegur kalau aku menulis karangan. Aku tak sedar tabiat lama itu terbawa-bawa hingga ke hari ini. Jadi memang benarlah melentur buluh biar dari rebungnya, kalau tak dibentuk elok sehingga hari ini akan nampak cacat celanya (cacatkah aku? hahahah dalam penulisan mungkin aku memang cacat aku akui).
Cetusan kata dan idea memang bak air yang mencurah-curah pada waktu-waktu tertentu namun dengan komplikasi penulisan yang aku ada, itulah penyebab aku memendam kata-kata tersebut dan menyebabkan penulisan ku menjadi beku didalam minda yang lama-lama hilang di telan waktu. Satu pembaziran? aku sekadar gagal mengekpressi diri sendiri. Persoalan yang telah lama bermain dalam minda kecil ini. Mengeluh sendirian, itu sahaja yang aku mampu lakukan.
Aku kurang membaca, lenggok cara penulisan aku kurang fahami, dahulu aku memang cukup membaca cuma mungkin bahan bacaan itu lebih kepada keperluan (buku teks dan sekolah) atau minatku (majalah-majalah biasa). Kalau difikirkan aku dalam dilemma antara keperluan dan minat yang mana aku sendiri kekadang hilang dalam dua perkara ini. Menulis untuk ekpressi pertuturan atau menulis sebuah karya luahan rasa diri sendiri?. Lagi persoalan yang muncul, persoalan yang tak pernah putus dalam kehidupan seharian aku sebagai seorang insan.
Aku perlu belajar, aku masih seorang pelajar dalam dunia kehidupan. Adakah aku telah berhenti atau sekadar menahan langkah seketika (lama juga seketika yang aku ambil ini? mungkin terlalu lama itulah detik hati kecilku sekali lagi).
Mengosok dahi, di waktu otak berputar memproses segala pemikiran diketika ini. Menghela nafas panjang dan merenung segala persoalan yang bermain-main di dalam minda. Semberono atau seformal yang mungkin?. Aku perlu membezakan atau aku biarkan saja penulisan itu keluar semahunya tanpa aku perlu kisahkan.
Persoalan demi persoalan. Jawapan? Walahualam, moga-moga aku akan bertemu jalan yang memberikan kepuasan.

Subscribe to:
Posts (Atom)