Wednesday, July 3, 2013

Fikir keliling


Perjalanan..
Terminal hidup
Bersinggah aku seketika..
menghirup udara situasi..

Ku amati kehidupan..
Ku berehat sambil belajar..
Diperlihatkan kelibat dan ragam..
Pelbagai aku dihidangkan..

Aku termanggu.
kekadang aku terpaku..
Bukan Alpa..
sekadar cuba memahami
dalam ruang-ruang minda aku ini..

Persoalan yang mungkin tidak terjawab.
mulut ku terkumat kamit.. entah apa aku sebut.
atau sekadar ekpresi aku sendiri..

derapan langkah insan.
senyuman, kerutan wajah..
aku cuma seorang dengan akal ku..
mereka? mungkin sama denganku.
mungkin tak kesah..
bila-bila pun asal ada...
itulah hidup

sendiri dalam mindaku...
aku tersentak..aku terjaga..
ku angkat langkah..
untuk tiba ke tempat ku inginkan...
sehingga kembali lagi
di perhentian ini...
satu hari nanti..




No comments:

Post a Comment